Wednesday, March 2, 2011

#3: keunikan makanan eksotik di Thailand

ramai antara kita sudah sedia maklum di mana Thailand merupakan negara yang mempunyai pelbagai keunikan makanan eksotik.  bagi kita semua itu merupakan makanan yang tidak boleh diterima di negara kita kerana faktor agama dan budaya yang berbeza.  di sini saya ingin melampirkan beberapa gambar-gambar keunikan makanan eksotik di Thailand.

 makanan seperti diatans ini merupakan serangga yang digoreng atau dibakar..
ianya sangat popular sekali bagi kalangan masyarakat di Thailand.

 ini merupakan lipas yang telah siap digoreng

jika di Malaysia kita semua sudah sebati dengan sambal belacan kita, begitu juga dengan mereka.  makanan seperti itu merupakan makanan mereka.  ramai pelancong asing terutama dari negara barat akan mencuba makanan seperti itu..

di setiap negara mempunyai makanan eksotik mereka yang tersendiri.  jadi hormati lah budaya dan cara pemakan orang di negara lain kerana tidak semua makanan yang berada di negara kita boleh diterima oleh orang di negara lain

Monday, February 28, 2011

#2: Landak

ramai yaang mengenali landak dan mengetahui ianya boleh diamakan tetapi tidak ramai yang berani mecuba untuk merasa dagingnya.  sejujurnya saya sendiri tidak pernah merasai daging landak. 
Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik. Landak dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri.

di sini saya juga ingin menunjukkan resepi masakan landak.

RESEPI LANDAK MASAK LEMAK

1 kg daging landak

Dikisar halus:
secukupnya cili kering
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia

3 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugor
100gm santan pekat

  • Tumis bahan kisar. Masukkan serai. Kacau dan renihkan sehinga pecah minyak. Masukkan asam gelugor.
  • Masukkan daging landak dan kacau sebati. Renih atas api perlahan sehingga daging masak.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan 100gm santan pekat.
  • Reneh lagi dan kacau selalu sehingga kering dan kuah pekat.

Wednesday, February 23, 2011

#1 : Belangkas


ramai antara kita mengenali belangkas tetepi tidak mengetahui belangkas merepukan salah satu makan eksotik yang halal.  kebiasaannya hanya bahagian telurnya sahaja yang diambil dan dijadikan sebagai makanan manakala bahagian yang lain tidak diambil keran tidak mempunyai apa-apa hanya cengkerang yang keras dan tidak boleh dimakan.

di sini juga saya ngin berkongsi resepi masakan berasaskan belangkas.

BELANGKAS MASAK LEMAK CILI API.

BAHAN – BAHAN :
1 ekor balangkas
1 biji kelapa parut – ambil dua mangkuk santan
2 biji tomato – dipotong empat
2 tangkai cili hijau – dibelah dua
10 tangkai cili api – ditumbuk
2 cm kunyit hidup – ditumbuk
2 ulas bawang merah – ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :
1.  Siang belangkas dan bersihkan
2. Campurkan bahan tumbuk dan ikan ke dalam santan
3. Jerang diatas api yang perlahan dan kacau supaya santan tidak pecah
4. Masukkan belangkas,tomato,cili hijau dan garam
5. Bilasantan sudah mendidih,padamkan api

SEDIA DIHIDANG

credit to:  http://resepiworld.blogspot.com

Sunday, February 6, 2011

blog saya blog makanan

bila keyboard mula meracau-racau:

pengenalan kepada blogspot saya ni.  saya suka makan jadi saya telah mengambil keputusan untuk memilih makanan sebagai tema blog saya ini.  setakat ini saya tidak mempunyai idea tentang apa yang hendak saya jadikan sebagai entry blog saya untuk kali ini.